Wednesday, June 15, 2011

katanya hendak rapatkan jurang

satu persoalan yang tak kan terjawab selagi pemimpin kita tinggal di bandaraya dan tak ambil tahu perihal penduduk pinggir bandar, luar bandar, pekan-pekan kecil, pedalaman. persoalan jurang pelajaran.

katanya hendak rapatkan jurang, silibus sekolah disamakan, pelajar di mana-mana belajar perkara yang sama, walaupun kelebihan memihak pelajar di kawasan membangun yang banyak sumber dalam menyokong pembelajaran di sekolah seperti pusat tusyen dan lain-lain. adil di situ?

katanya hendak rapatkan jurang, tapi kenapa wujudkan sekolah kluster kecemerlangan? berapa sekolah luar bandar yang dapat sekolah kluster? mana mungkin tiada sekolah luar bandar yang bagus dalam satu-satu perkara. mungkin hoki, mungkin kriket, mungkin caklempong mahupun drama bahasa melayu ataupun kawad kaki. alih-alih sekolah kluster kecemerlangan tetap sekolah yang sudah 'established'. kolej melayu kuala kangsar, sekolah sultan alam shah, victoria institution, kolej tunku kurshiah. adakah ini yang dikatakan merapatkan jurang pelajaran?

katanya hendak rapatkan jurang, kenapa wujud sekolah berprestasi tinggi? ini cuma akan mengulang isi sekolah kluster kecemerlangan. cuma isu di sini, cuma 1 sahaja sekolah pedalaman yang mendapat status sekolah berprestasi tinggi iaitu sk ulu lubai sarawak. dalam malaysia ada 7709 sekolah rendah yang mungkin 2000 daripadanya sekolah pedalaman, tak mungkin satu saja yang berprestasi tinggi.

katanya hendak rapatkan jurang...

1 comment: